Elsa Layan Manusia Koyak?

May 14, 2016

Assalamualaikum

Elsa bebel kalinie sangat ringkas. Tak sampai hati sebenarnya nak bebel. Tapi sebab elsa fikir elsa pun ada had sabar kan

Manusia koyak tu apa? Nie istilah elsa means manusia yang terlampau ikut perasaan, patah hati yang melampau, dan emosi lebih

Elsa bukan tak suka manusia macamnie. Kurang suka. Yelah, bukan ke melibatkan perasaan orang lain jugak sampai nak melayan koyak dia kan

Elsa bagi contoh lah, kalau si boy, putus cinta, patah hati dan kemudian cari balik si girl. Tanpa rasa salah dia yang sebenar, tanpa rasa malu yang orang dah takmo layan dia, tapi gedik mengada jugak nak orang kembali pada dia. Jujur cakap, Elsa rimas dengan manusia macamtuh. Sudah lah macamtu, masa dah berpisah lah ayat ayat madah pun keluar pada waktu tuh. Dia ingat orang ada masa ke nak layan perangai koyak dia tuh?

Orang kalau ada rasa malu, rasa bersalah dan rasa rendah diri, dan rasa ikhlas, dia akan betulkan dulu silap dia, kemudian bila dia dah rasa bersedia untuk dia cuba berbaik dengan girl dia, dia cuba dekati. Tak salah mencuba. Dapat atau tak belakang kira. Tapi kalau elsa, no second chance! Kau rasa kau hebat buat macamtu dekat aku, kau pergi laa buat dekat orang lain pulak

Ha sekarang Elsa yang semakin emosi haih. Maaf semua. Elsa memang pemendam dan tak suka bercerita pasal masalah. Tapi bila kita dah rasa tak larat nak tanggung, kita terpaksa lepaskan

Elsa nak cakap, seksa layan manusia koyak. Ciri ciri yang Elsa cakap tu, berdasarkan pengalaman Elsa. So kalau awak semua pernah berhadapan dengan si koyak nie, share share lah apa tindakan awak semua. Manalah tahu, Elsa boleh manfaatkan untuk ketenangan diri Elsa. ye kan? :)

You Might Also Like

1 Comments

  1. heheheh rileks sa...jh pernah layan jugek mamat koyak dan terrabak ni banyak kali dah....

    ReplyDelete