5 Tips Mencari Sponsor Blog

February 03, 2017

Assalamualaikum


Semua orang tahu kan sponsor tu apa? Sponsor yang Elsa faham adalah individu yang sudi bantu kita untuk menjalankan sesuatu aktiviti contoh seperti giveaway, contest, segmen dan lain lain. Jadi para sponsor juga akan sediakan hadiah secara percuma tak kisah dari bentuk apa pun hadiah tersebut untuk cover kita kalau kita tak cukup bajet nak beri hadiah kepada peserta. Banyak kelebihan mencari & menjadi sponsor nie tau. Antaranya:-

1. Dapat meningkatkan views
2. Dapat Like yang banyak
3. Orang lebih mengenali kita tak kira blogger lama atau baru
4. Followers juga meningkat
5. Tabung yang sikit sikit lama lama jadi bukit!
6. Jika entry kita bermanfaat dan seronok untuk dibaca, entry kita akan mendapat share yang banyak jugak

Okay so Sis Aisyah tanya Elsa macammana nak cari sponsor? Sebab haritu Sis Aisyah ada buat entry yang dia nak buat giveaway. Elsa cadangkan dekat dia untuk cari sponsor hehe

Okay Elsa akan cerita cara cara Elsa cari sponsor. Merujuk pada entry GA Elsa yang tengah berlangsung sekarang Alhamdulillah ada 16 sponsor yang sudi bantu Elsa

1. Buat satu entry pencarian sponsor dan isikan perkara-perkara berikut
Dalam entry awak kena bagitahu tujuan cari sponsor nie. Nak buat ga? Nak buat contest? Nak berkenalan dengan para sponsor? Nak bagi penghargaan kepada followers? Kena bagitahu semua tu. Jangan lupa ceritakan jugak tarikh mula dan tamat ga/contest/segmen. Awak nyatakan nak pakai berapa sponsor? Samada bebas ataupun bilangan ditetapkan mungkin dalam 5-10 orang? Lagi ramai lagi meriah kot kan hakhak. Kemudian awak kena sertakan kelebihan jadi sponsor kepada awak. Awak jugak kena inform pada diorang yang diorang juga sebagai sponsor boleh tetapkan syarat kepada peserta contoh seperti follow blog, follow instagram dan sebagainya. Inform pada para sponsor juga bebas nak sponsor apa apa seperti bloglist ke, review blog ke, topup ke. Kemudian di akhir entry sila sertakan nombor/emel untuk para sponsor hubungi awak. Boleh tengok Senarai Contoh Hadiah GA Elsa daripada para sponsor Elsa yang sangat luar biasa nie :*

2. Promote/blogwalking ke blog-blog lain
Bila entry dah siap sempurna, segala ayat dah disusun cantik, JANGAN MALAS UNTUK BLOGWALKING! Sebab followers tak semua yang nampak entry kita tu. Kerja keras sikit untuk tarik sponsor bekerjasama dengan kita. Awak boleh tinggalkan url dekat chatbox diorang itu cara paling paling palinggg senang hehe. Dah tentu tentu diorang akan tengok chatbox diorang dan akan baca entry awak dan akan berminat untuk jadi sponsor awak kan!

3. Ayat permintaan kena ikhlas dan sopan
Ini senang saja. Tak perlu Elsa nak terang lebih lebih hehe. Mula dengan salam dan bagitahu awak nak jalan ga dan memerlukan sponsor. Confirm diorang akan tertarik!

4. Terima apa saja hadiah dari sponsor
Yes ini penting. Kena terima dan bersyukur dah orang nak sponsor kita dengan macam macam jenis hadiah walaupun kuantiti yang sikit, itu sudah memadai. Janganlah bila kita tengok hadiah yang disponsor tak memuaskan hati awak, syarat bukan main banyak, terus awak tolak dia dari jadi sponsor. SALAH TU SALAH. Bab syarat yang sponsor sediakan untuk peserta tu mungkin awak sendiri boleh tetapkan. Kebiasaannya para sponsor akan tetap 2-3 syarat berbaloi dengan hadiah yang diberi. Jadi jangan merungut jangan high demand sangat tau. Babab nanti!

5. Sentiasa keep in touch dan beri penghargaan kepada sponsor
Macam Elsa, Elsa telah letakkan link blog sponsor Elsa dekat dalam bloglist sebagai tanda terima kasih sebab sudi jadi sponsor Elsa. Kalau awak boleh je samada nak review diorang ke, nak klik nuffnang diorang ke, follow blog diorang ke, apa sahaja asalkan kita ikhlas dengan kesudian mereka terhadap kita kan. Bila dah selesai cari sponsor tu, bila masa awak nak jalan ga tu, kenalah inform dengan diorang juga. Bagitahu diorang yang beberapa hari lagi awak akan jalankan ga tersebut. Biar mereka up to date dengan kita sepanjang ga berlangsung

Alhamdulillah. Elsa dah selesai kongsikan apa yang Elsa dah lakukan hehe. Jadi kepada yang berminat nak buat apa apa ga/segmen/contest tu, kalau rasa perlukan sponsor, cubalah cara Elsa nie hehe. Jangan risau! Elsa pun sudi je nak jadi sponsor In Shaa Allah

SIAPA BELUM JOIN GIVEAWAY ELSA? NAK TERSENARAI DALAM 45 PEMENANG? SILA KLIK SINI

You Might Also Like

8 Comments

  1. hahha..dahsat elsa ramai giler sponsorship die..nice sharing bleh apply ni kalo rjin nk wt GA tetibe..hee

    ReplyDelete
  2. Thanks to you for the opportunity and let me be one of the sponsors (walaupun last minute!) Hehe.. And thanks for all these tips! Berguna untuk masa akan datang kalau kalau nak buat giveaway atau contest. InsyaAllah, sama sama harap diberikan oleh Allah dengan rezeki yang melimpah ruah hendaknya! Ameen... ❤

    ReplyDelete
  3. Menarik tips Elsa ni. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yang sangat bagus..
    Sangat berguna pada rakan-rakan blogger..

    ReplyDelete
  5. Menarik tips ni. Rasanya jadi sponsor lebih mudah dari jadi penganjur, sebab kena rajin sikit la kerja penganjur ni,hahaha.

    ReplyDelete