Elsa and The Bulusss

March 29, 2017


Assalamualaikum

Siapa pengumpul teddy bear? Atau seangkatan dengannya yang berbulu-bulu juga? Ha Elsa selain sukakan Frozen tu, Elsa juga suka mengumpul patung/bantal yang berbulu-bulu tu. Nampak kan? Elsa memang tak pernah nak besar. Aduh Aireen awak sudah 21 tahun tau. Sepatutnya awak dah kena rajin duduk dapur! *eh

Hari ini Elsa nak kongsi dengan anda semua sejarah Elsa dengan teddy bear Elsa. Kenapa pula Elsa nak kongsi? Mungkin apa yang Elsa kongsi ini biasa-biasa saja, tapi bagi Elsa luar biasa tau hakhak kerana di sebalik patung-patung ada pahit manis yang Elsa akan ringkaskan saja ceritanya

Elsa and The Bulusss
Elsa and The Bulusss

Inilah mereka. Duduk tegak di atas situ. Tapi apabila seketul jatuh maka kaum kerabatnya juga jatuh ke bawah. Kemudian mulalah perhimpunan Elsa dengan mereka meminta mereka supaya duduk dengan sopan di atas sana. Hahaha. Okaylah maafkan Elsa kerana mereka hitam legam sebab memang dah lama tak mandi

Dari kiri yang pertama tu Elsa beli masa Elsa belajar di UITM. 3 bulan Elsa tidur tanpa bantal peluk sebab Elsa bawa cukup-cukup untuk bantal kepala saja. Jadi suatu hari Elsa jalan-jalan Elsa ternampak seketul nie. Apabila dipegang memang sedap peluk tau! Jadi Elsa beli dia

Kedua dan ketiga Elsa dapat masa hari jadi Elsa yang ke 17 tahun. Hari jadi Elsa disambut di sekolah asrama dan ini hadiah daripada rakan dorm Elsa. Mereka ini sepasang boy and girl kononnya hakhak. Rakan dorm Elsa dah ketandusan idea nak bagi hadiah apa. Jadi mereka bagi ini sahaja

Keempat besar sikit dia kan hakhak. Elsa beli masa bercuti dengan keluarga di Tanah Tinggi Cameron, Pahang. Lepastu dia jadi peneman Elsa tidur dalam kereta sebab Elsa hampir nak muntah yelah lalu jalan bengkang-bengkok kan. Yang besar ini malang sedikit sebab badan dia terkena muntah Elsa sedikit wahahahahaha

Kelima dan bertingkat-tingkat tu Elsa kumpulkan sekali kerana semua itu adalah hadiah hasil Elsa main permainan di Funfair hahaha. Gigih sangat Elsa habiskan duit untuk diorang nie ha. Bila kalah, tak dapat, Elsa pergi tukar lagi duit ke token semata-mata nak kumpul mereka. Permainan lain tak pandang dah

Kini, mereka tak rasa lagi pelukan dari Elsa hahaha. Kenapa? Sebab mereka inilah buat Elsa lemas tiap kali tidur. Mereka terlampau banyak. Elsa sempit sampai tak boleh nak bergerak. Kadang ibu juga sampai bebel "yang kamu letak sekali atas katil buat apa bukannya ada pekdah pun" Jadi Elsa cari ruang untuk dudukkan mereka ini dan akhirnya mereka duduk di situ sejak 2 tahun lepas. Tak pernah berani nak berganjak ke tempat lain. Oh! Kalau berganjak sendiri bermakna..............

Korang ada bantal busuk? Ada teddy bear? Ada patung besar? Besar daripada patung Elsa ke hmmm jealousnya. Kongsi lah dengan Elsa hakhak

You Might Also Like

15 Comments

  1. Hihi. Setiap patung ada cerita sendiri. Buatkan siqah pun rasa nak tulis entri pasal tedyy bear, boleh ke elsa? Hihi :D

    bantal busuk!! Ohh tidur kena peluk kott. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe boleh sis 😘😘😘 dialu alukan hikhik

      Delete
  2. Ccl pun ada satu teady bear yang besar.heheh tiap2 malam tido peluk si teddy bear .... yang lain bear bear kecik-kecik semuanya bear froggie

    ReplyDelete
  3. Mai ada teddy bear 1 je, tu pun bf bagi masa konvo diploma. tak minat sangat, bantal busuk pun tak ada. hehehe.

    ReplyDelete
  4. Pernah tak tengok kedudukan patung tu tertiba teralih ke? Mana la tau kot dia ade mengadap sesama sendiri ke ape.. XD

    ReplyDelete
  5. dulu masa anak dara mmg suka...
    dari kecil sampai teddy bear besar...
    lepas kahwin xde dahhh..

    ReplyDelete
  6. Tak berapa minat sangat kumpul teddy bear bagai ni tapi ada je mereka berkumpul atas katil sebab pemberian orang hehehehe

    ReplyDelete
  7. Nope. Saya takde teddy bear. Hihi tapi suka je jugak peluk. Besttt
    Saya ni kalau part tido takde bantal langsung pun takpe. Terlebih minimalist laa kot. Haha

    ReplyDelete
  8. matjo xde teddy bear, tapi selalu curi adik punya, buat bantal, dapat tahu kena bebel, :)

    ReplyDelete
  9. Kak ana takde bantak busuk atau teddy bear. Dulu teringin lah nak ada teddy bear tp dah tua2 ni tak heran lgsg pun. Tp bila lalu kedai hadiah nampak teddy bear gergasi geram juga. Hehe

    ReplyDelete
  10. sy seram dengan teddy bear sebab ada kisah dulu budak ni mati dicekik oleh teddy bear. sebab banyak sngt teddy bear dia, penuh 1 katil. sy cuma ada bantal bentuk chipmunk tu :D macam bantal hello kitty Elsa tu

    ReplyDelete
  11. kak liez takde bantal busuk or teddy bear masa kecik..
    so sampai qaseh pun mmg tak ajar ada bantal busuk atau teddy bear.. mau klau tertinggal bantal tu boleh buat tak tidur kan...

    ReplyDelete