Elsaalicious: Elsa Mohon Maaf!


Lazada Malaysia

Thursday, 30 March 2017

Elsa Mohon Maaf!


Assalamualaikum

Elsa Mohon Maaf!
Elsa Mohon Maaf!
Sumber: Google

Kenapa pula dengan Elsa ini? Apa pula masalah yang dia dah buat sampai nak minta maaf nie? Ada sesiapa tahu kenapa dengan Elsa? Memang tak ada siapa tahu pun sebab Elsa baru nak cakap sebabnya hakhakhak

Jika anda scroll Reading List di dashboard anda ataupun di homepage blog Elsa, asyik-asyik Giveaway, asyik-asyik Segmen! Buat perangai apa nie Elsa?

Hari ini hari paling penat yang Elsa pernah rasa. Elsa penat dengan kerja. Hari ini Elsa terasa macam bekerja dengan sangat keras sampaikan Elsa makan pun tak sempat tadi. Tak sangka, makin hari kerja kita makin rumit, apa yang kita buat tak menyenangkan hati majikan. Nak dapatkan lagi terbaik terpaksa korbankan diri kerja lebih masa. Aduhai Elsa bagai hilang daya dah tadi

Jadi apa kena mengena dengan Blog awak nie Elsa? Ya memang ada kena mengena. Kalau ikutkan Elsa memang nak menaip untuk kongsikan sesuatu kepada pembaca setia Blog Elsa. Tapi mood sudah bertukar di mana hari ini Elsa hanya mampu untuk ikut serta Giveaway dan Segmen yang dianjurkan oleh rakan Blog Elsa sahaja. Itu cara Elsa nak wujudkan Blog Elsa setiap hari. Selalunya Elsa akan join satu Giveaway/Segmen sahaja setiap hari. Tapi hari ini dah kronik sampai tiga Giveaway/Segmen Elsa pergi join

Sebab itulah Elsa nak mohon maaf jika sebab Elsa tak hasilkan entri berguna, dari atas sampai bawah hanya entri penyertaan sahaja, anda semua dah taknak mari ke sini lagi huhu. Elsa sangat penat hari ini. In Shaa Allah Elsa tak buat lagi perkara macamnie. Elsa akan beri yang terbaik untuk pembaca setia blog Elsa nie hehe ada ke yang setia membaca?

SIAPA BELUM JOIN GA BARU ELSA? KLIK SINI

Komen
14 Komen

14 comments:

Noor Maizan said...

Tak apalah Elsa, jangan sedih2. Semoga dipermudahkan urusan kerja sis.

Seorang Syed said...

Ada! saya sentiasa akan membaca blog Elsa! hehehe :)
Takpelah entry GA pun

Cik Nadyya said...

laaa ingtkan sbb apa laa td. hehe its okay la.

Lea Azleeya said...

hehehee tak pe la.. ber apdet jugak blog ni... Blog akak dok sendu je sejak kebelakangan ni.. lagik parah.. hahaha

Nurfaezah Abdullah said...

Goodnight elsa 😘

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Ala takpe je elsa..yang penting blog elsa sentiasa hidup dengan entri-entri ..

cik kaella said...

biasalah tu elsa, kurang idea, dari biarkan blog berhabuk kan hihi

SITI AWADAH said...

GA pun xpe lah dik oi.. janji at least ada juga entry baru bila kami singgah! Ni GA sis nak start esok, jagn lupa join sekali ye

Mat Jo said...

tu dikatakan blogger yang bersemangat, ade je entry baru, xkisah la entry apa-apa pun, :)

Nour Adieb said...

takpa Elsa, sy tetap akan singgah, komen dan klik iklan di blog Elsa :D

Fairuz Aqilah said...

Alolooo... Adatlah, kerja kan. Susah susa dulu... Take care juga tauuu. 🙆💕

Dedaun Comel said...

Tabahkan hati wahai elsa.. saya sentiasa sokong awak..

Siqah Hussin said...

Takpelah elsa. Adat blogging memang begitu. Kadang2 semangat update blog je. Kadang2 ke parit gak. Sama macam akak juga. Hihi. Takpe. Take your time okay. Get rest tau 😘

dorsett pink said...

enjoy your day elsa

Elsaalicious.