Elsaalicious: LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST



Thursday, 16 March 2017

LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST


Assalamualaikum

Dua tiga hari ini geram saja Elsa tengok rakan-rakan blogger Elsa sertai Lazada Birthday Blogger Contest tu. Mereka punya entry tu buat Elsa cemburu lantas Elsa nak cuba sertai jugak! Sejujurnya ini adalah kali pertama Elsa join Contest yang dianjurkan oleh laman web kedai online yang terkenal abad ini wah wah hahaha. Jadi Elsa ada sedikit gugup dan debar nak mengarang entry tentang Contest ini. Tapi tak salah untuk Elsa mencuba nasib kan!

LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST
Click Banner For More Info

Dengan debar dan gigilnya Elsa akan jawab soalan yang disediakan oleh Lazada. Bismillahirahmanirahim

a. What do you love about Lazada Malaysia?
Lazada MY merupakan satu laman web kedai online yang selalu dikunjungi oleh pelanggan dari pelbagai negara demi mendapatkan suatu barangan yang mereka inginkan. Zaman sekarang lebih mudah untuk membeli online semuanya hanya di hujung jari. Pelanggan juga boleh membuat perbandingan berkenaan dengan harga, kualiti, feedback dari pelanggan terhadap barangan yang dibeli dari pelbagai jenama. Servis sangat baik dan Lazada MY juga menyediakan konsep Cash On Delivery. Tidak lupa juga dengan potongan harga yang diberikan tidak kurang hebatnya tau. Bukan main banyak dia bagi diskaun! Semua itu dilakukan hanya untuk memberikan kepuasan kepada pelanggan setia Lazada MY. Elsa antara pelanggan Lazada MY *jika ada duit huhuhu

b. Top three Product picks from Lazada Malaysia
LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST
LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST

1. ADIDAS WOMEN ZX FLUX
Ini adalah barang yang paling paling paling Elsa mahukan! Tolonglah faham perasaan ini huhuhu. Untuk pengetahuan semua mengenai Elsa yang pelik ini, Elsa seorang yang gadis yang tak pakai kasut tumit tinggi. Hahaha kelakar kan? Elsa lebih minat dengan kasut yang bagi Elsa selesa untuk berjalan, berlari kalau kena kejar dengan dog dan buat Elsa nampak bergaya bila bergambar ha gituuu. Jika Elsa diberi kasut tumit tinggi, Elsa takkan pakai! Elsa lebih rela pakai selipar saja daripada menyusahkan diri lenggok dengan kasut tumit tinggi. Kenapa Adidas ZX Flux? Sebab Elsa tahu Elsa tak mampu nak beli dia tapi takpe yang tak mampu beli tu lah yang Elsa mahukan sekeras-kerasnya! Harga yang original saja sudah separuh dari gaji Elsa. Kasut ini memang susah untuk dapatkan yang original. Buktinya? Lihat lah dalam gambar tu. Bila dah jumpa pun, ditulisnya pulak "only 1 item left" okay baiklah

LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST
LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST

2. CASE FOR APPLE IPHONE 6
Elsa tak pernah pakaikan nyawa Elsa dengan Case yang sebegini rupa kerana Elsa dah dapat agak pengorbanan Elsa sendiri untuk memasangnya pada telefon bimbit Elsa macammana. Case macam ini memang keras badannya dan keselamatan untuk telefon bimbit Elsa memang terjamin. Case ini boleh tahan mahal dan Elsa teringin juga nak pakaikan nak tengok dia betul-betul selamat atau tidak hakhakhak. Kalau selamat dari luaran, dalaman dia selamat ke? Kalau dah badan case ini banyak ketak mahu calar telefonnya nanti huhu. Tapi jika diberi peluang, memang Elsa nak cuba pakai case ini

LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST
LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST

3. CAR SEAT BACK STORAGE BAG
Yang terakhir adalah barang yang paling murah yang Elsa mahu daripada Lazada MY. Kenapa storage bag ini menjadi pilihan Elsa? Sebab Elsa seorang yang cepat bosan semasa memandu. Hahaha boleh pulak macamtu. Dalam kereta Elsa tak sah kalau tak ada sesuatu yang nak dikunyah-kunyah. Memandangkan kereta Elsa tak ada tempat letak makanan yang banyak tu, Elsa rasa Elsa perlukan ini. Dengan ruang yang sangat banyak dan sesuai untuk diletakkan di belakang tempat duduk, maka Elsa tak risau lagi nak beli makanan banyak-banyak hanya untuk menghilangkan bosan semasa memandu huhu

c. How do you think Lazada Malaysia can improve?
Tak banyak yang perlu Lazada MY improvekan hehe cuma Elsa harap agar lebih ramai seller yang boleh buat Cash On Delivery terutamanya untuk barangan elektrik & elektronik. Ini kerana pelanggan juga mahukan barang dalam keadaan baik apabila sampai ke rumah mereka dan lebih menjamin kualitinya jika menerima dari tangan ke tangan. Overall semuanya baik dan terbaik!

d. What is your birthday wish to Lazada Malaysia
Selamat Ulang Tahun Yang Ke-5 Lazada MY! Semoga kekal menjadi kegemaran pelanggan-pelanggan di seluruh negara. Semoga pencapaian yang ditunjukkan akan kekal sampai bila-bila In Shaa Allah. Saya sebagai Blogger dari Malaysia sentiasa menyokong kedai beli-belah online yang terkenal ini. All the best :)

Kepada yang berminat untuk menjadi salah seorang pemenang Lazada Birthday Blogger Contest ini ayuh join bersama Elsa! Wish me luck too guys :*

Komen
13 Komen

13 comments:

dedauncomel.com said...

Happy birthday lazada.. semoga berjaya elsa.

Lawa kasut tu :)

Ana Suhana said...

Semoga ada rezeki Elsa. Kak ana tak karang pun lagi. =(

tomodachi said...

Goodluck sis elsa 😄😄

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Rajinnya elsa .hehe

Seorang Syed said...

Wahhhh menarik kasut tu elsa! hehehehe. good luck! semoga kita menang.

Uyul Rosli said...

Uyul pun join jugak Lazada Blogger Contetst nih.

********************************************************************************
Jemput join Uyul Rosli 1st Giveaway!! 100pcs Name Card untuk dimenangi. >>
Uyul Rosli 1st Giveaway | Blonolog Blogger Picisan
********************************************************************************

Busyra Bt Takiyudin said...

cantik kasut tuuuuu! hehe..

Fairuz Aqilah said...

Good luck, Elsaaa! InsyaAllah, ada rezeki seghonoklah... 😁👏

Siqah Hussin said...

Kasut tu! Kasut tu! Mahalnyaaaa! Siqah sekarang tengah kumpul nak beli kasut Nike. Nak customize kononnya. Hahaha. Entah sampai tahun depan tak beli lagi. Hihi.

Kalau ada rezeki Elsa dapat casing phone tu, review eh. Agaknya betul ke sungguh berkesan tahan segalanya casing phone tu? 🤔🤔

Good luck Elsa! 😍

Nieyl said...

goodluck ya....
kak nieyl masih lagi dalam mood menulis entry contest nie...
semoga murah rezeki yaaa....
meh la join segmen yang sedang berlangsung...
http://seindahcerita.blogspot.my/2017/03/segmen-bloglist-seindahcerita-by-nieyl.html

Nour Adieb said...

Happy Birthday Lazada 🎉🎂 sy nak join sampai sekarang tak wujud entrynya 😂 good luck Elsa 😊

Nieyl said...

All The best...
Semoga sama² kita menang...hihihi

Lea Azleeya said...

Gut luck el.. Moga ada rezeki kita.. :)

Elsaalicious.