Elsaalicious: Your Payments Are Currently On Hold - Google AdSense


Lazada Malaysia

Thursday, 30 March 2017

Your Payments Are Currently On Hold - Google AdSense


Assalamualaikum

Oh tidak! Kenapa pulak nie? Relaks Elsa relaks! Jangan gopoh. Mesti ada penyelesaiannya kan

Tadi Elsa buka Akaun Google AdSense Elsa saja nak tengok earnings. Tiba-tiba ada mesej berwarna merah di atas skrin menyatakan "Your payments are currently on hold because you have not verified your address"

Wah tarik nafas lega Elsa tau. Ingatkan ada apa-apa yang tak kena dengan Blog Elsa ataupun ada yang silap letakkan ads di blog Elsa. Rupa-rupanya Elsa kena buat pengesahan alamat Elsa. Elsa yakin pemegang Akaun Google AdSense yang lain juga ada terima mesej sebegini

Your Payments Are Currently On Hold - Google AdSense
Your Payments Are Currently On Hold - Google AdSense

Bila Elsa dah lihat skrin Elsa begini, Elsa terus ke Blog Amer Jaya, Si Arif tentang Google AdSense dan Elsa pernah terbaca entri beliau yang ini sebelum ini dan hari ini Elsa baca semula dan fahamkan dalam-dalam. Bermakna Elsa kena tunggu surat sampai di peti surat dan baru Elsa boleh verify alamat. Alhamdulillah. Terima kasih Amer Jaya kerana telah menghasilkan entri tentang ini kalau tidak Elsa sampai sekarang Elsa gelabah lagi

Alhamdulillah juga Elsa dah sebulan lebih bersama Google AdSense, earning Elsa sudah capai sebanyak USD14.10 (MYR62.57) Terima kasih kepada pelawat-pelawat blog Elsa yang tak putus-putus ke sini. Elsa menghargai sangat-sangat. Elsa masih dalam proses untuk memantapkan isi kandungan Blog Elsa sendiri harap beri sokongan ye! Oleh sebab itulah Elsa rajin anjurkan Giveaway untuk memberi penghargaan kepada anda semua. In Shaa Allah, rezeki melimpah-ruah untuk kita semua :*

Baca: Google AdSense PIN Selamat Sampai Di Rumah

Komen
22 Komen

22 comments:

Seorang Syed said...

Bestnya ada Google adsense. huaaaa jeles! taknak kawan elsa hahahaha.

Dedaun Comel said...

Fuh.. banyak juga tu.. Terbaik elsa

Lea Azleeya said...

akak dulu dah apply tp x lulus.. pastu dh malas nk apply.. huhuhu

Kak Sue said...

Bestnya ada Google Adsense.. Kak Sue punya masih pending lagi..tak pun tak layak lagi kut.. huhuhu..

Amer Ridzuan said...

Tahniah elsa. Jeles sangat. :'(

Nurfaezah Abdullah said...

Ehemmm fae nakkkkk #Guccibag haaha gurau je

SITI AWADAH said...

jeles2x,

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Tahniah elsa .. ccl pernah apply adsense ... baru btapak 3hari ..tetiba adsense tarik balik.huh sedih betul

lokman amirul said...

Wow kira banyak tu....3 atau 4 minggu baru leh dpt pin verify ke rumah.

Mrs Fuzy sweetsourՆĕγʀǟ said...

hehe ingatkan kenapa kena on hold..haha lawak betul dak Elsa ni..

irazulkeffele said...

Wutwuttt boleh up lagi nilai tu lepas ni hehe goodluck Elsa 😊

Mellya Musa said...

bestnyaaa mellya tak lepas-lepas lagi huhu katanya insufficient content :(

sayidah napisah said...

ha'ah nanti dia akan hantar surat. nanti dia beri kod something something. tahniah my dear. goodluck! banyakkan lagi buat entri, tingkatkan trafik blog. nanti masyuk adsense hehehe.

Mawar Assufi said...

Bertuahnya awak dapat !!!! <3 hihi

Mat Jo said...

waaa, hebat, da ade gaji dari pakcik google, nanti lama-lama, pakcik google up upah tu, :)

Ana Fatihah said...

Tahniahh. Permulaan yg baik tuu. Bestnyaa. :)

Jia Rizaira said...

Dulu pun suspen gak dpt notification mcm tu. Rupanya kena tggu surat nak verify alamat. Tp lama juga la nak sampai surat tu.

Nour Adieb said...

wahhh, best tu masyukkk. tingkatkan lagi earning tu Elsa :D

Fairuz Aqilah said...

InsyaAllah, ameen... ❤

Siqah Hussin said...

Murah rezeki Elsa. Alhamdullilah. Bestnya ada Google Adsense. Akak takde lagi 😅😅

dorsett pink said...

alhamdulilah rezeki untuk elsa. tahniah elsa atas usaha elsa...

Haneeza Mohamad said...

bestnya neeza tak pernah reti adsense ni sebab macam tak sense je ikut tutorial haha

Elsaalicious.