My Boyfriends & Girlfriends Bloglist

March 07, 2017


Assalamualaikum

Nak bagitahu sekarang nie Rawang hujan lalalala indahnya main laptop hakhakhak

My Boyfriends & Girlfriends Bloglist
My Boyfriends & Girlfriends Bloglist

Semalam Elsa scroll saja blog Elsa nie haa dari atas sampai bawah. Lepastu Elsa terpandanglah Bloglist Mac-April 2017 tu dekat sidebar. Tenung dia lama lama, aish macam boring je dia duduk dekat sidebar sorang-sorang. So Elsa bercadang nak carikan dia pengapit kiri dan kanan dan letakkan di bahagian footer blog hakhakhak. Ha nampak?! Siapa lah yang tersenarai dalam My Boyfriends & Girlfriends Bloglist tu kan? Cuba tengok bawah nie! Siapalah yang bertuah dapat jadi Boyfriends & Girlfriends Elsa

My Boyfriends & Girlfriends Bloglist
My Boyfriends & Girlfriends Bloglist

Yay inilah Girlfriends Elsa! Biasalah diorang mestilah jelita macam Elsa jugak. Antara blog yang Elsa paling suka sangat lawat tau. Elsa suka baca entry diorang, dan ada yang mahir dalam mengedit blog, ada yang asyik bagi tips saja, ada jugak yang suka review tempat yang hebat hebat dekat Malaysia nie atau erti kata lain beliau seorang traveler lah. Mereka antara yang rajin jugak tinggalkan komen di blog Elsa. Diorang nie memang suka sangat lah melayan Elsa membebel hari hari. Memang boleh masuk saja nak bergosip ke apa, kalau korang rajin tengok komen komen Elsa dekat blog diorang nie bukan main panjang berjela hahaha sebab Elsa susah nak berhenti membebel. Ada je cerita yang related dengan Elsa. Eh betul ke?

My Boyfriends & Girlfriends Bloglist
My Boyfriends & Girlfriends Bloglist

Ini pulak Boyfriends Elsa kacak-kacak belaka. Diorang nie suka juga bagi tips berkenaan dengan SEO blog lah, tips naikkan trafik lah macam macam lah. Ada jugak yang blog full English saja entrynya dari atas sampai bawah dan ya memang Elsa suka sangat baca blog entry dalam bahasa Inggeris. Walaupun Elsa memang tak reti nak berbahasa Inggeris tapi dari sinilah Elsa belajar macam macam ayat. Tapi ingat, Elsa faham je tau awak berbahasa Inggeris tapi Elsa tak reti nak membalasnya balik jewwrsss hahaha. Yang bercerita perihal lelaki dan wanita pun Elsa suka baca jugak sebab entah lah Elsa nie memang gatal sikit bab benda itu hakhakhak. Tapi ada beberapa blog antara diorang nie yang Elsa jadi silent reader je sebab Elsa segan nak komen selalu huhu nampak tak kejamnya tu

My Boyfriends & Girlfriends Bloglist
My Boyfriends & Girlfriends Bloglist

Yay sempurna dah pengantin tengah dengan pengapit kiri dan kanan! Sangat beruntung pada yang tersenarai dalam My Boyfriends & Girlfriends Bloglist nie tau sebab diorang akan kekal je dalam Bloglist tu sampai bila bila kecuali kalau dah tak aktif lah. Selain itu juga adalah mereka nie dah macam cikgu Elsa, cikgu-cikgu dari pelbagai subjek yang sabar melayan kerenah anak murid nakal yang tak pernah nak dewasa nieyh hahahaha

Untuk pembaca-pembaca yang lain jangan risau awak semua jugak berpeluang untuk duduk dalam bloglist Elsa. Bloglist yang tengah tu memang sentiasa berubah, so semua orang berpeluang duduk dalam tu tapi Elsa mampu pilih 10 sahaja untuk setiap musim Elsa buat pemilihan tau!

Apa lagi awak semua? Cepatlah scroll bawah sampai ke footer dan lawat blog diorang nie. Hebat macam Elsa jugak hebat dia hahaha okay boii

SIAPA YANG BELUM TUNTUT HADIAH ELSA?! CEPAT CEPAT KLIK SINI

You Might Also Like

26 Comments

  1. Alhamdulillah blog kak ana pun ada. Terima kasih Elsa 😘😘😘.

    Kak ana pun masukkan elsa dalam bloglist kak ana tau. Keep blogging and stay gorgeous ok ❤❤

    ReplyDelete
  2. Hehehe... Terima kasih Elsa sebab masukkan blog saya dalam list, terharunya saya.... semoga terus berjaya dalam dunia blogging ya...

    ReplyDelete
  3. Tahniah kepada blogger yg terbloglist dalam blog elsa

    ReplyDelete
  4. best gak dapat masuk list ni. hehehe

    ReplyDelete
  5. wahhh , semakin banyak bloglist elsa . senang lah nak blogwalking

    ReplyDelete
  6. WOW!!!! THANK YOU SO MUCH ELSA, FOR CONSIDERING ME AS ONE OF YOUR BOYFRIENDS (sound cheeky, right?) Hahahahhha.. will keep updating after my final end :3

    ReplyDelete
  7. Wahhhhh blog syed pun ada lah kat situ! heheheh thanks Elsaaa! terharunya rasa hihihi.

    ReplyDelete
  8. awww sweetnya elsaaaa ! sayang lebih ni hehehe 😝😝

    ReplyDelete
  9. Alaa tak masuk la dalam bloglist elsa..

    Taoi tak kisah sangat tak masuk dalam list boyfriend bloglist, asalkan dapat jadi list boifriend elsa real life.

    LOL JK cia cia

    ReplyDelete
  10. alololo sweetnya... yang penting nama sis ada dalam list jugak... yahoooo :D (Elsa pun ada dlm list sis tau!)

    ReplyDelete
  11. Yeayyyy jadi gelpren Elsa, eh sama pula nama bloglist kita.

    Thank you Elsa, hihihi. Blog mai merepek je,tapi happylah sebab Elsa suka baca, terharu gituee T_T

    ReplyDelete
  12. Memang antara blogger2 aktif semua tuu~ Bestnya msk dlm bloglist orang ni. Hihi jelesss kite. :P

    ReplyDelete
  13. nanti bolehlah saya pun masuk juga. salam kenal sis

    ReplyDelete
  14. Jom join... Tag...

    http://jombercontest.blogspot.my/2017/03/1st-giveaway-by-ravishing-obsession.html

    ReplyDelete
  15. Ooo..belum berjaya tersenarai..

    ReplyDelete
  16. Wah.. Tahniah pada yang tersenarai..

    ReplyDelete
  17. elsa nk gok jdi gelpren..hihihihih

    ReplyDelete
  18. wahhh terima kasih elsa sudi ambil kc sebagai girlfriends awak hehehe. lebiu muah!

    ReplyDelete
  19. terima kasih awak sudi jadikan saya list boyfriend awak even yg ke 5 :P

    ReplyDelete
  20. Creativenya elsa buat bloglist macam ni. Lain dari yang lain. Siap dah jadi sandingan bloglist. Suka tgk :) kita samalah elsa. Saya pun kurang mahir kalo bab english2 ni tapi ada stgh tu memang pandai gak. Betul lah Bagus juga baca blog orang yg guna english. Kita pun trbelajar. :)

    ReplyDelete
  21. untungnya diorang masuk dlm bloglist gitu :)

    ReplyDelete
  22. Wahh...akak pun nak masuk jugak la..

    ReplyDelete
  23. nanti share ya camne nak masuk dlm list

    ReplyDelete