Elsaalicious: Elsa Ambil Cuti Berblog


Lazada Malaysia

Thursday, 20 April 2017

Elsa Ambil Cuti Berblog


Elsa Ambil Cuti Berblog
Elsa Ambil Cuti Berblog

Elsa Ambil Cuti Berblog | Assalamualaikum. Lama sudah tidak ketemu haha tak lama rasanya baru dua tiga hari kot. Elsa minta maaf sebab tidak konsisten menulis entri sejak kebelakangan ini ye. Hari ini baru berkesempatan untuk buka laptop dan bebel apa yang patut haha

Dua tiga hari lepas Elsa sangat sibuk dengan kerja, gigih cari punca pendapatan yelah nak raya tak lama lagi kan haha eh ada kena mengena ke? Mestilah! Jadi tak sempat siapkan kerja di pejabat bawa pula kerja pejabat balik ke rumah Ya Allah memang sangat stress! Sampai Amerzing tegur Elsa dekat e-mel bertanya kenapa dah lama tak nampak dekat blog? Alolo tak sangka ada yang tunggu entri Elsa hahaha

Selain itu juga Elsa sibuk buat persiapan nak bercuti dengan kawan-kawan ke Pulau Pinang! Haha Elsa disuruh jadi Trip Planner jadi Elsa kena uruskan hotel, kenderaan, makan minum, tempat nak dilawat. Dalam sibuk-sibuk kami, Alhamdulillah sempat juga kami nak bercuti bersama

Jadi Elsa nak bagitahu yang Elsa akan cuti berblog sampai hari Ahad mungkin hehe. Tak lama pun bagi awak semua tapi bagi Elsa lama oh dah lah Elsa tinggalkan Blog dua tiga hari lepas kemudian nak tinggalkan lagi Blog dua tiga hari depan. Ish ish teruk Elsa nie haha

Ada masa yang terluang ini, Elsa cadang nak join giveaway/segmen sahaja. Dah lama rasanya Elsa tak support rakan blogger. Memandangkan Elsa nak buat entri berguna tak kesampaian sebab idea tak ada haha

Okaylah, doakan perjalanan Elsa dan kawan-kawan ke Pulau Pinang. Boleh ikuti perjalanan Elsa dekat Instagram Elsa haha poyo je ingat retis ke?

Komen
10 Komen

10 comments:

Lea Azleeya said...

Selamat bercuti ye elsa... 😄

Mieza S said...

jangan terus lupakan blog ya :)

C i k R e n e x said...

Bestnya g bercuti kat penang. Happy holiday elsa!

Amer Ridzuan said...

hahaha.. jangan la public macam nih.. Segan pulak Amer hahahaha.. Take a good rest :)

Hye, jom datang baca post baru AMERZING || http://ameridzuan.blogspot.my/2017/04/men-minimalist-fashion.html

shamiera osment said...

seronok ada followers yg follow sume cite kt blog kita..selamat bercuti elsa!

Seorang Syed said...

Selamat bercuti elsa! Kalau syed, walaupun bercuti kepala otak ni mesti ingat dekat blog yang tak berupdate lagi haha.

Siqah Hussin said...

Selamat bercuti Elsa! Bestnya nak p Penang :D Take care ya!

Noor Maizan said...

Selamat bercuti Elsa, jangan lelama nanti I rinduuuu

Hafiza AizZawa said...

elsa, jgn lupa join GA fiza nie dulu sblm cuti.. http://ourmemoria.blogspot.my/2017/04/giveaway-dior-miniature-perfume-mini-by.html..

Nour Adieb said...

Selamat bercuti Elsa 😄 Jangan cuti lama-lama taw, nanti Amer terlebih rindu 😂

Elsaalicious.