Elsaalicious: January 2017



Tuesday, 31 January 2017

Senarai Hadiah Sponsor Giveaway: Happy Birthday Elsa!

[STICKY POST SEHINGGA 31 JANUARI 2017]

Assalamualaikum

Maka dengan ini Elsa tamatkan pencarian Sponsor GA: Happy Birthday Elsa!

Seperti yang dijanjikan Elsa akan buat GA pada 1 Februari 2017 - 1 Mac 2017 sempena hari kelahiran gadis demok yang bernama Shaidatul Aireen nie pada 6 Februari 2017 genaplah umur 21 tahun *baru merasa nak dapat brim kuikuikui

Alhamdulillah terima kasih banyak banyak kepada 16 SPONSOR yang sudi bekerjasama dengan Elsa. Dengan ini Elsa sangatlah excited nak tunjukkan dekat korang terlebih dahulu senarai hadiah sponsor GA Elsa akan datang khas untuk semua followers kesayangan Elsa :*

Korang jangan terkejut. Dengan sambutan daripada sponsor yang sangat amat ketat padat yang tersangatlah memberangsangkan, akan ada 45 pemenang yang akan memenangi ganjaran yang para sponsor sediakan! Haa nampak kan Elsa cakap jangan terkejut hehe sampaikan Elsa sendiri culture shock nak tunjuk dekat awak semua tau! Kalau dah tengok, memang rugilah kalau korang tak join GA nie akan datang nanti sebab peluang nak jadi pemenang tu cerah sangat!

So korang semua mesti tak sabar kan nak tengok senarai hadiah tu? Okay sabar sabar. Elsa susun cantik cantik nie. Korang baca lah. Baca slow slow tau :*


Nature Republic Essence x 1 pemenang
Topup RM 5 x 1 pemenang

Bloglist selama 3 bulan x 5 pemenang

Topup RM 5 x 2 pemenang

Review Blog & Bloglist selama 2 bulan x 2 pemenang

5. Junzie
Topup RM 30 x 2 pemenang

Topup RM 5 x 2 pemenang

7. Sarah
Bloglist selama 2 bulan x 5 pemenang

8. Syaz
Topup RM 5 x 2 pemenang

9. Liyana
Review Blog & Igshop (jika ada, sponsor akan review igshop anda di instagram beliau) x 3 pemenang

Topup RM 10 x 2 pemenang

11. Farrah
Topup RM 5 x 2 pemenang

Bantal Burung Hantu x 1 pemenang
Topup RM 5 x 1 pemenang

Topup RM 5 x 2 pemenang
Bloglist selama 2 bulan x 5 pemenang

Tunai RM 10 x 2 pemenang

Tunai RM 10 x 2 pemenang

Dreamcatchers x 2 pemenang

17. HADIAH MISTERI DARI ELSA x 1 PEMENANG

Okay done! Haa tak habis terkejut lagi ke tu? Hakhak so apa lagi korang semua siap sedialah untuk join nanti ye! Elsa akan mulakan GA pada 1 Februari nanti. Syarat syarat yang sponsor minta mudah sahaja berbaloi dengan ganjaran yang kami semua sediakan hehe. Okaylah. Jumpa 1 februari nanti! Keep supporting us :)

Sunday, 29 January 2017

Lirik Lagu: Pasti Ada Kamu - Projector Band


Assalamualaikum

Lirik Lagu: Pasti Ada Kamu - Projector Band

Selalu disakiti
Dalam diam aku terluka
Selalu ku bersedih
Dengan sikap ego tinggi kamu

Puas ku bersabar dengamu
Puas ku katakan kepadamu
Jangan ikutkan segala nafsu

Puas ku cuba memahamimu
Puas sudah ku dengan caramu
Kini ku hilang rasa cintamu
Maafkanlah

Aku yang terlihat pasti ada kamu
Aku yang mendengar bisikan hatimu
Aku yang terlihat pasti ada kamu
Aku yang mendengar bisikan hatimu

Puas ku bersabar dengamu
Puas ku katakan kepadamu
Jangan ikutkan segala nafsu

Puas ku cuba memahamimu
Puas sudah ku dengan caramu
Kini ku hilang rasa cintamu
Maafkanlah

Aku yang terlihat pasti ada kamu
Aku yang mendengar bisikan hatimu
Aku yang kau cinta takkan pernah ada
Aku yang kau sayang hilang selamanya

Aku yang terlihat pasti ada kamu
Aku yang mendengar bisikan hatimu

Pasti ada kamu

Saturday, 28 January 2017

Food Review: Murni Discovery Seksyen 7, Shah Alam

Assalamualaikum

Happy Chinese New Year! Bercuti dekat mana korang? Ke duduk rumah buat kerja pejabat je? Hukhuk Elsa lah tu haha. Sambil buat kerja sambil duduk sini menaip

Okay semalam Elsa bawak keluarga pergi dinner dekat Murni Discovery Seksyen 7, Shah Alam dekat belakang I-City tau. Murni Discovery ada banyak cawangan selain Shah Alam, terdapat juga di SS2, Aman Suria, USJ, Kepong, Bandar Sri Permaisuri dan Bukit Jalil. Murni Discovery menyediakan campuran hidangan yang dikenali ramai yang berasal dari rasa budaya Melayu, Cina, Masakan India, Barat dan Itali. Okay ini antara hidangan hidangan yang disediakan oleh Murni Discovery







Sumber: Google

Unik tak? Unik kan hahaha. So Elsa dari rumah di Rawang ke Shah Alam ambil masa 40 minit (sebab abah yang drive haha). Saja sangat je sebenarnya gatal nak makan jauh jauh padahal Elsa boleh je makan dekat kepong huhu. So dah sampai memang ramai orang situ tak pernah tak ramai. No wonder lah ramai orang dok tertarik dengan makanan yang kuantiti atas pinggan bukan main banyak kan. Servis 8/10 Elsa boleh bagi sebab dia macam musim jeh haha sebelum nie Elsa pergi dah 2 kali, memang tak lambat dapat makanan. Mungkin semalam hari cuti, ramai keluar malam, so lama sikit lah nak sampai makanannya. Nak tengok apa yang Elsa dan keluarga makan? Okay meyh meyh


Girl Friend


Spagetthi Carbonara Chicken Chop


Mee Udon Chicken Crispy kot rasanya hehe tak ingat lah pulak


Mixed Grilled

Hampir 1 jam kami menghempas pulas nak menghabiskannya tau. Memang banyak isi dalam pinggannya. Terliur tak? Kalau terliur jom join Elsa makan sini hehe. Untuk yang taknak kecewa bila sampai sampai je full house dan korang terpaksa pergi dari situ, okay boleh book dekat SINI

Siapa dah pernah try? Angkat tangan!

MUCH MUCH THANK YOU MURNI DISCOVERY

Thursday, 26 January 2017

Boleh Bersikap Amanah Sikit tak?

Assalamualaikum

Tak tahu nak marah atau nak apa. Tapi memang kesian dekat ibu Elsa tadi. Memang rumah kami nie tak lekang dengan kehadiran posmen dari Pos Laju untuk menghantar parcel. Tapi dalam banyak banyak hari, harinie paling pelik sekali

Pintu diketuk. Tok tok tok! Ibu bukak pintu. Dan posmen bagi parcel, ibu tandatangan. Dan Ibu tutup pintu. Masa tu takde nak syak apa apa langsung sampailah ibu duduk dekat sofa dan belek belek parcel tu. Apa yang jadi? Check it out


Ibu boleh tak perasan kesan koyak nie. Cuma ibu cakap patutlah dia bagi dia terbalikkan parcel nie. Kita boleh terima lagi kalau kata plastik parcel tu yang dah terkoyak maybe kualiti plastik tu dah lama then dia mudah koyak. Tapi kalau kata isi dalam parcel tu pun terkoyak jugak? Itu nak kata apa?

By the way dalam parcel nie berisi kotak empat segi dan boleh nampak dekat situ kotak tu jugak dah dikoyakkan. Kenapa kami kena terima parcel yang sebegini rupa? Apa yang diorang dok geledahkan yang diorang nak check dekat dalam tu? Ada dadah? Ada bom? Please lah. Kalau macamtu kenapa tak check sekali beribu parcel yang diorang terima hari hari?

Elsa sangat angin. Sebab dalam tu isinya sangat bermanfaat untuk ibu cari rezeki. Ibu Elsa buat brooch, bawal ring, shawl pin, gelang dan macam macam lagi. Yes ibu buat handmade guna air tangan dia sendiri. Andai kata item dalam kotak tu hilang atau rosak? Pos Laju nak bertanggungjawab tak? Selalunya tak akan. TAK AKAN

Jadi Elsa nak tekankan dekat sini janganlah mengada ngada nak bukak parcel orang sesuka hati. Amanah tu please letak dalam diri awak. Elsa tak tahu siapa yang punya angkara. Tapi Elsa selalu saja dengar dengar parcel dibukak sebab pihak diorang tergamak nak mencuri sampaikan ada kes kehilangan phone dan sebagainya

Ibu dah tanya seller tu. Memang seller deliver barang tak pernah dalam keadaan yang macamtu. Seller mesti bagi servis terbaik untuk customer. Ini takde lain mesti Pos Laju!

Maaf terkritik. Tapi kecewa masih tak hilang. Nampak ibu macam okay, tapi Elsa sendiri tahu ibu Elsa macammana

Okay mood happy ; tadi Elsa cakap ibu ada buat handmade aksesori wanita kan? Haaaa nie special untuk wanita wanita yang nak lawa lawa kemana saja :* Boleh add Facebook Ibu Elsa Shaishida Masjuki untuk lihat hasil tangan ibu. Harga sangat berpatutan tau! Feedback sangat positif dari customer customer ibu. In Shaa Allah entry akan datang Elsa akan penuhkan dengan gambar gambar aksesori tu. Berminat? Boleh terus PM ibu dekat Facebook Shaishida Masjuki. Kalau ibu lambat approve, inform Elsa dekat comment bawah nie nama Facebook korang dan nanti Elsa akan inform ibu untuk approve korang! Tau tau #supportibu

Tuesday, 24 January 2017

5 Tips Kekal Cantik Elak Perut Buncit

Assalamualaikum


Sumber: Google

Harinie Elsa nak share dekat korang yang ada perut yang comel, dan nak turunkan perutnya jadi slim bak slim river *Elsa lah tu huhu

Tips nie Elsa dapat daripada rakan blogger Elsa Sis Lea Azleeya. Baca slow slow dan manfaatkan tau :*

1. Katakan Tidak Pada Minuman Berkarbonat
Korang sendiri tahu kan, minuman berkarbonat ataupun lebih dikenali minuman bergas ini sangatlah bahaya kepada kesihatan kita. Dalam minuman berkarbonat terlalu tinggi kandungan gulanya. Kajian mendapati mereka yang kerap meminum minuman ini akan menjadi gemuk dengan lebih cepat berbanding mereka yang tidak mengambilnya
Kalau korang nak tahu, pemanis tiruan yang terdapat dalam soda boleh membuatkan perut buncit lebih pantas dan akan sering mengundang rasa lapar dengan cepat. Please gantikan minuman ini dengan minuman lain seperti teh atau air kosong sahaja ye untuk elak perut korang memboroi sekaligus dapat menjaga kesihatan korang juga

2. Kurangkan Gula
Dari pemerhatian aku sendiri, sekarang nie terlalu banyak makanan yang manis manis malahan terlalu manis di pasaran. Mungkin sebab tu jugak kot sekarang nie macam macam penyakit ada dan menyinggah pada kita. Makanan berguna nie lah boleh menyebabkan sebahagian besar kalori berubah menjadi lemak di perut. So, pilihlah makanan yang kurang gula semula jadi seperti madu ataupun buah buahan

3. Jangan Kurang atau Terlebih Tidur
Kalau bab kurang tidur dan terlebih tidur nie aku yakin ramai orang zaman sekarang yang terjebak dalam keadaan ini. Mungkin ada yang terlebih bekerja, jadi dia kurang tidur. Atau ada juga yang jenis gemar tidur, dia akan terlebih tidur. Begitulah sebaliknya. Ramai mana agaknya yang menjaga masa tidur mereka? Ada tak yang betul betul cukup tidur
Jika korang kurang tidur, ini akan menyebabkan kadar metabolisme tubuh akan berkurangan sekaligus menyukarkan pembakaran lemak berlaku. Manakala tidur yang berlebihan pula akan membuatkan tubuh menjadi pasif dan terbiasa untuk tidak banyak bergerak. Tabiat inilah yang menyebabkan lemak berkumpul dengan lebih cepat. Jadi sila pastikan tidur anda cukup secukupnya ye

4. Perbanyakkan Senaman Kardio
Korang tahu tak apa itu senaman Kardio? Senaman kardio nie adalah senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh tertentu dan pada intensiti tertentu. Apa juga jenis senaman yang membuatkan jantung kita berdegup laju dari biasa dan berpeluh dengan banyak dari biasa. Haa itulah dinamakan senaman kardio. Contohnya, berlari atau joging, futsal, skipping dan lain lain lagi
Apabila otot besar sudah dikuatkan dengan latihan bebanan, seterusnya lakukan senaman kardio bagi mempercepatkan proses pembakaran lemak. Berlari atau senam aerobik dapat membantu membakar kalori berlebihan tapi syaratnya hentikan pengambilan lemak buruk

5. Bersenam Dengan Bijak
Bila korang dah berhasil kurangkan lemak di bahagian perut, korang boleh mulakan pula dengan senaman perut pula. Bersenam sehingga terasa regangan dan jangan berlebihan. Otot perut yang mantap akan membantu seseorang tampil lebih sihat dan segar

Selamat mencuba!

Monday, 23 January 2017

Blog Review: Thumbs Up For Blog Editing Service by MellyaCrayola!

Assalamualaikum


Baa cakk!! Hai guys. Eh tak tak korang tak silap blog lah. Yay ini blog Elsa dah makeup baru! Cantik kankan?!

Terima kasih dekat Sis MellyaCrayola atas kesudian beliau editkan blog Elsa. Hasil kerja Sis MellyaCrayola ke atas blog blog yang menempah dengan beliau sebelum nie buat Elsa tak ragu ragu nak try dengan beliau

Awalnya cadang nak makeup bila blog Elsa dah cukup setahun which is lagi 2 bulan hukhuk tapi rasa macam tak sabar pulak bila dekat dok tengok blog blog lain asyik bertukar wajah je kan. Tapi takpe, awal atau cepat, yang penting Elsa happy!

Elsa memang addicted dengan warna purple! Dan Elsa jugak nak ada sentuhan frozen frozen dalam blog nie. So Elsa mintak warna tema purple biru. Walaupun nampak tak kena kombinasinya tapi bila dah serahkan dekat Sis MellyaCrayola, aish takpayah risau dah pasal kombinasi bagai! Hakhak

Jangan lupa blogwalking & follow blog MellyaCrayola tau! Siapa nak blog cantik macam Elsa jugak? Angkat tangan!

Friday, 20 January 2017

Siapa Sudi Tolong Elsa?

Assalamualaikum

Tadi dah tak ada kerja, terjumpa satu site dimana kita boleh check SEO score kita. So ini result yang Elsa dapat


Katanya, kalau kita capai 90% dah perfect. Kalau 100% lagi lagi lagilah perfect.

Jadi korang semua ada tips tak untuk naikkan trafik blog dan memantapkan SEO blog? In Shaa Allah dengan bantuan korang semua, Elsa akan listkan tips tips tersebut dalam entry Elsa yang seterusnya, khas untuk rujukan blogger blogger lain. Bantu membantu lah jumaat malam nie hehe. Please please tau :*

Nak check SEO score korang jugak? Klik gambar bawah nie dan isi link blog korang. Selamat mencuba dan selamat membantu? :*

PENCARIAN SPONSOR GA: HAPPY BIRTHDAY ELSA!

Assalamualaikum

Allahuakbar, memang ketar jari nie menaip buat pertama kalinya nak mencari sponsor untuk bantu Elsa jalankan giveaway dengan baik kalinie


Tujuan Elsa nak cari sponsor GA yang akan datang nie adalah sebab pertama nak jadikan sebagai hadiah Birthday Elsa lah. Ye, hadiah birthday Elsa yang Elsa anggap istimewa adalah para sponsor dan followers Elsa.

Birthday Elsa 6 Februari 2017. Elsa akan mulakan Giveaway: Happy Birthday Elsa! nie pada 1 Februari 2017 dan tamat pada 1 Mac 2017 (sebulan)

Elsa memerlukan sponsor yang supportive, jujur, ikhlas dan peramah tak kisah berapa orang yang berminat, Elsa buka pada semua. Bagi yang setuju untuk jadi sponsor, korang boleh kenakan maksimum 3 syarat kepada peserta yang join nanti tau. So diorang boleh follow, boleh blogwalking dan meningkatkan page views In Shaa Allah

Elsa tak kisah juga berapa hadiah dan pemenang yang para sponsor nak sediakan untuk peserta nanti. Samada topup, bloglist, review, edit blog, atau hadiah kebendaan contoh notebook, shawl, tshirt dll

Jadi Pencarian Sponsor bermula hari ini sehingga 20 Januari 2017. Pada yang sudi nak jadi sponsor untuk GA sempena hari istimewa Elsa, boleh lakukan seperti di bawah:-

1. Whatsapp: 0173147490 / emel: shaaireen62@gmail.com, taip SAYA BERMINAT NAK JADI SPONSOR GA ELSA
2. Perkenalkan diri; Nama & url blog:
3. Syarat sponsor untuk peserta (maximum 3):
4. Hadiah & pemenang ( kuantiti ):
5. No./e-mel untuk para peserta hubungi anda:

Para sponsor yang berminat untuk sponsor Elsa akan Elsa letak dalam bloglist sepanjang GA berlangsung nanti :*

In Shaa Allah harap ada yang jujur dan sudi nak contact Elsa untuk jadi sponsor dan Elsa amat amat amat hargai!

Thursday, 19 January 2017

Kenapa Perempuan Cepat Marah, Cepat Cemburu, Cepat Overthinking?

Assalamualaikum

Sebab Elsa juga gegirl so Elsa nak share dekat awak semua. Jangan senyum sinis baca tu. Serius! Amaran keras hehehehe



Wednesday, 18 January 2017

[PROMOTE] Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com

Assalamualaikum dearest followers :* Mai pakat ramai ramai join GA dari blog Aerill Hassan! Hadiah yang disediakan best best belaka untuk 9 pemenang yang bertuah! Mana tahu rezeki awak semua kan. Mana tahu jugak rezeki awak antara 2 daripada 9 pemenang yang dapat hadiah yang Elsa sponsor yay! Jom Jom




Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com bermula pada jam 12.00 malam 17 Januari 2017 hingga 11.59 malam 31 Januari 2017Menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi oleh para peserta. Senarai hadiah ada di SINI...

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.


Syarat - syaratnya : 
1. Wajib Follow Blog Sponsor
2. Wajib Like Fanpage Sponsor 

3. Wajib Follow Instagram Sponsor
4. Tambah Google Plus Sponsor
 | AerillHassan | Belogs JM |

5. Buat entri bertajuk Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com

 6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

9 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 2 Februari 2017
Good Luck !!

SIAPA DAH JOIN? KOMEN SIKIT NAK TENGOK! HIKHIK INGAT 2 HADIAH DARIPADA ELSA MENANTI AWAK SEMUA :*

Tuesday, 17 January 2017

Lirik Lagu: Here - Alessia Cara


Assalamualaikum

Lirik Lagu: Here - Alessia Cara

I'm sorry if I seem uninterested
Or I'm not listenin' or I'm indifferent
Truly, I ain't got no business here
But since my friends are here
I just came to kick it but really
I would rather be at home all by myself not in this room
With people who don't even care about my well-being
I don't dance, don't ask, I don't need a boyfriend
So you can go back, please enjoy your party
I'll be here, somewhere in the corner under clouds of marijuana
With this boy who's hollering I can hardly hear
Over this music I don't listen to and I don't wanna get with you
So tell my friends that I'll be over here

Here
I ask myself what am I doing here?
Here
And I can't wait till we can break up outta here

Excuse me if I seem a little unimpressed with this
An anti-social pessimist but usually I don't mess with this
And I know you mean only the best and
Your intentions aren't to bother me
But honestly I'd rather be
Somewhere with my people we can kick it and just listen
To some music with the message (like we usually do)
And we'll discuss our big dreams
How we plan to take over the planet
So pardon my manners, I hope you'll understand
That I'll be here
Not there in the kitchen with the girl
Who's always gossiping about her friends
So tell them I'll be here
Right next to the boy who's throwing up cause
He can't take what's in his cup no more
Oh God why am I here?

Here
I ask myself what am I doing here?
Here
And I can't wait till we can break up outta here

Hours later congregating next to the refrigerator
Some girl's talking bout her haters
She ain't got none
How did it ever come to this
I shoulda never come to this
So holla at me I'll be in the car when you're done
I'm standoffish, don't want what you're offering
And I'm done talking
Awfully sad it had to be that way
So tell my people when they're ready that I'm ready
And I'm standing by the TV with my beanie low

Yo I'll be over here
Here
I ask myself what am I doing here?
Here
And I can't wait till we can break up outta here

Monday, 16 January 2017

Jom Tengok Wayang Dengan Movie Club Card di TGV Cinemas!

Assalamualaikum

How's your day guys? Okay harinie Elsa nak share yang Elsa baru je lepas berjimba dekat panggung wayang menggunakan Movie Club Card! Banyak benefit yang korang dapat tau kalau korang sign up dekat http://www.tgv.com.my/


Okay kat atas nie antara benefit yang korang dapat apabila korang memiliki Movie Club Card tu. Semalam lepas Elsa sign up dan ambil kad nie tekat TGV berhampiran, Elsa terus redeem 2 tiket free! Yay best tengok movie free hakhak. Dah lah tiket free, popcorn pun free juga. Hehe tapi itu ganjaran lepas jadi ahli Movie Club lah tau lepastu dah kena beli tiket macam biasa tapi nak dapat banyak lagi point kena tunjuk lah kadnya. Apa ke kad kad yang Elsa dok bebelkan nie? Haa nanti akhir entry Elsa akan tunjuk. Sekarang nie Elsa nak tunjuk langkah langkah nak sign up Movie Club nie. Jom jom!


1. Layari laman web http://www.tgv.com.my/ dan akan keluar paparan macamnie, kemudian tekan saja Sign Up Now tu



2. Kemudian akan keluar paparan macamnie. Isi form macam biasa tau. Dah sudah tu tekan Proceed to Payment. Setiap kad tu akan caj RM30.00 so boleh bayar online atau kad ATM


3. Bila dah selesai buat pembayaran, akan keluar paparan macamnie dan korang jangan lupa ambil kad korang tu dekat TGV berhampiran tau. Jangan lupa jugak untuk verify emel korang takut nanti tak dapat nak seronok seronok tengok wayang murah hehe


4. Dah sudah tu pergilah ambil kadnya. Inilah rupa kad tu, Simple but nice hehe

Kalau nak buat dekat kaunter tgv pun boleh jugak. Just sediakan RM30.00 untuk kad dan orang tgv sign up kan dan dapat lah kad dan nikmati ganjaran Movie Club

Elsa dah jadi ahli TGV Movie Club korang bila lagi? Ada sesiapa ada kad yang sama? Tengok sikit hehe


Wednesday, 11 January 2017

Karakter Kartun yang Elsa Minat

Assalamualaikum

Hai dearest followers :* Apa khabar harinie? Harap yang baik baik In Shaa Allah

Selalu kita tengok dekat tv, dekat wayang ada macam macam kartun yang beraksi. Kalau nak listkan memang Elsa penat lah nak taipnya hahaha. Pergi mana mana jugak, kalau dekat mall ke kedai mainan ataupun uptown, macam macam patung karakter kartun yang deme dok jualkan. Itu semua nak tarik minat dan obses kanak kanak. Huhu tapi jangan terkejut laa dalam ramai kanak kanak tuh ada sesat gadis yang umurnya 21 tahun obses dengan satu karakter kartun yang sebenarnya pada mula dia tak minat langsung pun movie tu. Ada sebab sebab tertentu yang mana tuan punya blog nie minat dengan .................. Yes Princess Elsa dalam filem Frozen tu


Taraaaa! Cantik tak dia? Hahahaha. Mesti korang semua nak tahu sungguh apa laa yang kanak kanak tua nie minat sangat dengan dia. Tapi dalam entry nie, Elsa tak boleh nak gelarkan diri sebagai 'Elsa' nanti keliru pulak hahahahaha

Okay yang pertama adalah rambut dia. Yes saya memang suka berambut panjang. Warna rambut dan panjang serta tebal dia buatkan dia nampak sangat cantik. Maka dengan itu saya dah pun berangan bila ada rambut macam gitu, tebal berkilat kilat

Kedua, dress tu. Wadduhh waduh sangat cantik :* Saya punya obses tu sampai pernah satu malam dinner yang tempat kerja anjurkan bertemakan Glamour, saya search dekat internet mana ada butik yang bua sewa dress Elsa nie. Sebab malam tu ada anugerah baju paling glamour so saya nak title tu hahahaha tapi apakan daya itu hanya kehendak bukan keperluan. Sudahnya capai saja dress lama dalam lemari tu hukhuk dih nya hmm

Ketiga karakter dia yang sangat lembut dan lemah gemalai. Ini dari pandangan mata yang tak kasar nie jeh ahahaha. Saya mengaku memang saya tak pernah tengok filem nie sebelum saya minat Princess Elsa. Tapi saya tahu karakter perempuan cantik memang lemah lembut, baik hati dan kuat dalam menghadapi permasalahan yang datang pada dia. Walaupun dia hanya kartun saja tapi Elsa jugak suka ambil contoh nilai murni daripada cerita kartun hikhik. Nampak pelik tapi itulah hakikatnya

Dah obses lebih tu, segala benda yang saya ada sekarang memang semuanya frozen belaka
Tikar
Sticker laptop
Wallet
Powerbank
Pensil box
Botol air
Set cadar katil
Buku buku
Dan banyak lagi lah tired tau nak listkan hahahaha, memang ada dalam tangan saya sekarang. Ye saya memang anak sulung. Tapi ibu memang memahami anak sulung dia yang berlagak kecil nie. Ibu jugak yang rajin belikan saya apa apa yang dia jumpa muka Elsa, dan dia bagi ke saya hakhak how sweet :*

Okay tamat sudah cerita nie, Dah lama tak menaip panjang panjang maka krem tangan badan semua

Ada sesiapa nak share karakter kartun apa yang korang minat? Tinggal dekat ruangan komen :* nanti kita baca hehe okay dadaaa

Tuesday, 3 January 2017

Welcome Back Elsa!


Assalamualaikum warga blog :*

Apa khabar tahun baru? Harap yang baik baik saja. Lewat 3 hari haa nak wish tahun baru. Harinie baru berkesempatan Elsa nak bukak laptop nak bersihkan sikit sawang dekat blog Elsa nie. Amboi lamanya Elsa menyepi. Ada yang rindu Elsa tak hakhakhak :'D

Elsa takde apa nak share harinie. Cuma nak wish yang life Elsa lebih baik dan teratur daripada sebelum nie. Penjagaan diri, kewangan, ibadat, kerjaya juga nak improve lebih supaya mudah nak cari makan untuk masa akan datang

So awak semua, apa azam tahun baru 2017? Nak selesaikan azam yang tertunggak sebelum nie? Hehe boleh dengan IzinNya

Kalau ada kesempatan masa, Elsa akan sentiasa keep on update dekat sini secara konsisten. So happy new year again :*

Elsaalicious.