Elsaalicious: Berhutang Punca Sahabat Menjadi Musuh Bahagian 1



Monday, 27 February 2017

Berhutang Punca Sahabat Menjadi Musuh Bahagian 1


Assalamualaikum

Berhutang Punca Sahabat Menjadi Musuh Bahagian 1
Berhutang Punca Sahabat Menjadi Musuh Bahagian 1
Hari ini mungkin entri tak berapa menggemarkan pembaca untuk membacanya, Tapi tak salah untuk Elsa kongsi kepada semua supaya tak ada yang akan terkena macam Elsa kena dan ye INI MEMANG KISAH BENAR terjadi pada Elsa

Kalau siapa yang tak tahu maksud Hutang tu apa bolehlah buat kajian menggunakan buku-buku atau internet. Hutang bukan sahaja melibatkan wang ringgit, malah barang, makanan, minyak kereta dan buang air besar pun termasuk dalam jenis-jenis hutang

Minggu lalu Elsa ada baca entri Sis Hawa tentang Hutang. Jadi hari ini Elsa nak kongsi pengalaman Elsa sebagai Pemberi Hutang kepada seseorang yang daif mungkin. Sebelum Elsa mula Elsa memohon maaf jika penggunaan bahasa di dalam entri Elsa pada hari ini tak menyenangkan semua pembaca. Sebab tu Elsa dah pesan awal awal tadi hehe

Pada tahun 2016, zaman Elsa belajar di sebuah institusi awam, Elsa ada berkawan dengan seorang LELAKI bernama....... Elsa kalau ikutkan geram memang Elsa nak dedahkan namanya di sini, tapi biarlah korang semua kenal dia dengan gelaran PENGHUTANG. Memang Elsa senang berkawan dengan dia. Dia beriman, jaga solat, kadang-kadang kedengaran suara azan si penghutang di Pusat Islam (surau), baik hati, semua orang juga senang berkawan dengan dia. Tapi semua kebaikan dia tu mempunyai tujuan yang sangat tidak baik. Tak sangka antara ramai ramai yang senang berkawan dengan dia tu, dia pilih Elsa untuk jadikan bahan ujikaji

Semakin lama berkawan, perlahan-lahan dia ingin meminjam duit daripada Elsa. Antara alasan yang dia bagi "bulan ini ayah tak bagi duit belanja" "nak buat beli buku rujukan tapi tak cukup nak buat makan" "nak bayar yuran pertandingan sekian sekian" macam macam lagi lah. Setiap musim dia sedang sesak tak ada duit, dia akan pinjam dari Elsa sedikit demi sedikit dia meminjam bila dicampurkan memang mencecah RM1000. Elsa umpama dipukau bila tiap kali dia ucap "Aireen pinjam RM10, Aireen pinjam RM50" Elsa bodoh buta buta pergi bagi

Apabila duit tu berada dalam tangan dia, dia akan kata "Nanti saya bayar balik. Janji" Sudahnya tak bayar langsung. Tiap kali pinjam, tiap kali tu diucapnya. Elsa pun angguk sajalah. Nak marah macammana, sebab memang mulut nie tak boleh nak ungkap apa apa selain angguk. Baru Elsa cakap tadi Elsa umpama dipukau. Bila dia dah ada duit tu, Elsa tak nampak pun dia guna duit tu untuk beli buku ke, untuk makan ke, untuk ini ke untuk itu ke. Tak ada. Seolah-olah dia sengaja ambil duit Elsa dan lemparkan kepada benda yang tak berfaedah

Bersambung ke Berhutang Punca Sahabat Menjadi Musuh Bahagian 2


Komen
17 Komen

17 comments:

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Bila baca entri ni teringat pulak dengan kawan CCL dah dekat setahun berhutang dgn CCL sbyk rm100.urmm..

Noor Azlan said...

Hutang ni kalau tak bayar nak mati pun susah, walau beribu tahun beramal, kalau hutang rm1 pun Allah SWT kira... Nauzubillah... minta dijauhkan...

SITI AWADAH said...

tima kasih elsa sudi share kisah ngan kami.. tak sabar pulak nak tau part berikutnya.

Mrs Fuzy sweetsourՆĕγʀǟ said...

mmg pun pasal hutang ni buat kawan jadi musuh tapi yg lepas yg berhutang tu pulak mengelak dan yg berhutang tu pulak rasa mcm tak de apa2..Umi dh halalkan walau ikutkan dah boleh beli bag 4 - 5 LV pada harga waktu boxing day..hehe. Nak mintak bayar bayang pun tak nampak tapi kalau nampak pun tak tau dia ada duit ke tak..tu belum lagi kita terhutang dengan orang..ade ke tak huhu

IQ = Iez Qis said...

bab duit ni memang boleh buat putus kawan, adik IQ pun bagi pinjam dkat kawan dia 3k, kemain liat nak bayar balik...kemain melancong sana sini, tapi hutang tak bayar. kesian...

shameel Iskandar said...

Berdasarkan pengalaman peribadi dapat saya katakan orang yang berhutang ni ada dua kategori. Pertama golongan yang susah, mereka berhak ditolong. Kedua pula adalah golongan yang menyusahkan. Mereka ini jangan diberi berhutang. Mereka berhutang bukan bukan sebab untuk keperluan hidup tapi untuk menjenamakan hidup.

shameel Iskandar said...

Saya terlupa, berdasarkan pengalaman peribadi juga orang-orang yang culas untuk membayar hutang kadang-kadang terdiri daripada golongan yang berkemampuan. Mereka tanpa segan upload gambar bercuti sana sini bersama keluarga tapi hutang tetap tidak mahu bayar

Fairuz Aqilah said...

Ya Allah, Elsa... Susah kan kalau lembut hati sangat, cepat kesian? Kite pun pernah tulis tentang macam mana cara yang berhikmah nak tuntut hutang. Sebab dah lama sangat tak bayar bayar, sampai buat entry dulu.

Amirul Ramli said...

Wah banyak tu dalam rm 1000. Dalam hidup ni mcm tu la, ada yg ambil kesempatan atas kebaikan yg kita tunjukkan.

Seorang Syed said...

Elsa! banyak sangat tu RM1000, kadang-kadang orang macamnilah yang membawa fitnah kepada agama sendiri. Bawa imej yang baik tapi soal lain kelaut. hmmm harap nanti dia bayar hutang-hutang elsa tu.

Ana Fatihah said...

Saya pun ada jugak bagi pinjam duit dekat kawan. Tapi, separuh dari Elsa lah. Dah lama janji nak bayar, tapi tak bayar smpai sekarang. Haritu dia ada jgk mesej mntak maaf dan cakap akan bayar. Still menanti dan cuba utk brsangka baik lagi. Harap dia bayarlaa sebab saya pun dah kekurangan fulus sekarang. Hihi

Siqah Hussin said...

Jangan main bab duit, Sure boleh buat putus kawan. Huhu. Banyak tu Elsa!! RM1000! huhu. Niat kita baik dah nak berkawan, tapi bila jadi camtu, spoil jugaklah. Mulalah susah percaya orang lain nanti. huhu.

Imej Islam dah ada pada diri dia. Bab pinjam tak bayar, terus imej jadi tak elok tau.

Muhammad Shahril said...

aril stuju. klau dh brhutang tu , pndai2 la byr kan ?

Nour Adieb said...

dunia skrg terbalik. yg pemiutang plak segan nak minta balik kan 😒 yg penghutang selamba ja tak bayar balik. nasib baik kwn yg selalu pnjm duit sy, dia akan pulangkan bila dia ada duit biarpun lambat. mula2 sy ragu2 juga, tapi alhamdulillah biar lmbt yg pntg dia bayar 😊

Lea Azleeya said...

Haissss nape akak lak rasa sakit ati baca entry ni.. Len kali tak yah percaya dah ye kat sape2... Banyak jugak tu 1000..

Flavnesz said...

Kalau pinjam sikit2 maybe boleh terima lagi.. But rm1000 tu banyak sgt tu..

Uyul Rosli said...

kannn. sikit skit dia pinjam lama lama membukit.

Jom ke Blog Uyul Rosli >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

Elsaalicious.