Elsaalicious: Berhutang Punca Sahabat Menjadi Musuh Bahagian Akhir


Lazada Malaysia

Tuesday, 21 March 2017

Berhutang Punca Sahabat Menjadi Musuh Bahagian Akhir


Assalamualaikum

Sambungan dari Berhutang Punca Sahabat Menjadi Musuh Bahagian 3

Untuk bahagian terakhir ini, Elsa nak note buat kali terakhir, INI KISAH BENAR, si penghutang ialah seorang lelaki dan berhutang hampir RM1000

Apabila rakan-rakan Elsa yang turut menjadi mangsa telah give up dan menyerah kepada Yang Maha Esa, Elsa bergerak solo demi duit Elsa. Jadi Elsa minta tolong kawan rapat Elsa bernama S. Elsa bercadang untuk berjumpa dengan penghutang di tempat belajarnya. Dalam keadaan yang sangat terdesak, pada waktu itu jam 9 malam. S tak mahu tunggu lama. Dia mahu jalankan tindakan itu sekarang jugak katanya. Jadi S ke rumah menjemput Elsa menuju ke tempat belajar penghutang di Shah Alam. Di dalam kereta, Elsa sibuk dengan telefon bimbit kerana ingin memujuk penghutang supaya beranikan diri jumpa Elsa. Macam-macam ayat yang Elsa berikan tapi dia tetap tak mahu berjumpa. Penyudahnya Elsa cakap yang Elsa hanya datang ke Shah Alam seorang diri, tiada sesiapa yang ikut Elsa. Dan dia bersetuju

30 minit perjalanan, Elsa seram sejuk dan takut. Elsa tak tahu apa yang bakal jadi bila Elsa berhadapan dengan penghutang. Mujur saja ada S. Dia yang banyak bagi semangat dan tenangkan Elsa. Akhirnya kami sampai di tempat belajar penghutang. Elsa minta diturunkan dari kereta jauh sedikit kerana Elsa takut penghutang perasan yang Elsa ada bawa orang. Elsa nampak dari jauh si penghutang dah mulakan lakonannya. Konon buat-buat jalan slow motion, raut wajah tiba-tiba bertukar sedih yang amat, gaya macam orang fakir miskin sangat-sangat

Elsa datang dekat dengan dia, tiba-tiba saja air mata Elsa jatuh. "Allah aku tak kuat lagi rupanya nak hadap penjahat ini" Elsa tak bercakap dengan penghutang lansung sehingga dia bersuara

Penghutang: Terima kasih datang. Lama tak jumpa Aireen

Elsa: Aku nak duit aku!

Penghutang: Nantilah. Kita borak-borak dulu

Tiba-tiba saja dia buka langkah macam nak menangkap Elsa tapi Elsa tolak dia. Tak lama selepas itu, S datang dari belakang. Mungkin dia nampak yang Elsa dah ditarik tadi. Reaksi muka si penghutang terus berubah. Elsa tak mampu nak berkata apa-apa Elsa dok layankan air mata saja. Tak lama lepastu Elsa beranikan diri untuk menghadap si penghutang dengan tenang

Elsa: Aku datang jauh sebab duit aku je tau. Aku tak ada masa nak borak-borak. Boleh bagi sekarang tak duit aku?

Penghutang: Aireen kenapa buat macamnie? Aireen dah janji datang sorang kan?

Elsa: Aku nak duit aku! Jangan banyak cakap

Penghutang: Aireen, saya sebenarnya bla bla bla......

Dia dok luahkan masalah kononnya dia kecewa itu ini apa semua Elsa nak ceritakan semula pun Elsa geli. Sabar Elsa semakin menghilang. Dengan tak sengajanya tangan Elsa tiba-tiba hendak naik ke muka penghutang tapi mujur ditahan oleh S. Kemudian Elsa mulakan bebelan Elsa yang selama ini Elsa pendam sangat lama. Nak dihujah semula bebelan itu Elsa dah lupa dah hehe tapi pergelutan duit pada malam itu berlaku dekat satu jam dan akhirnya penghutang mengalah. Dia hanya hulur RM100 kepada Elsa kerana baki duit lain dia nak pakai untuk hidup selepas ini. Pada mulanya Elsa memang tak setuju dan Elsa mahu lebih lagi! Tapi S tenangkan Elsa dan membiarkan penghutang pergi jalan kaki seorang diri entah ke mana entah

Elsa masuk kereta, Elsa bebel lagi "berbatu jauh datang ini je aku dapat!" Elsa tak boleh buat apa selain menangis, menangis dan menangis. Untuk pengetahuan semua, pertemuan berdarah ini adalah pada 4 bulan yang lepas dan sehingga sekarang Elsa terima balik duit hutang tu hanya RM300 sahaja. Akhirnya Elsa juga ikut jejak rakan-rakan Elsa untuk give up

Berhutang Punca Sahabat Menjadi Musuh Bahagian Akhir
Berhutang Punca Sahabat Menjadi Musuh Bahagian Akhir

Kini, Elsa tidak lagi berhubung dengan si penghutang. Elsa mendiamkan diri kerana Elsa dah penat untuk memaki hamun buat tambah dosa Elsa saja asyik mencarut. Kadang-kadang Elsa ada juga whatsapp dia bertanyakan duit Elsa. Namun alasan dia tetap sama "Saya belum ada duit lagi" dan kerana ini jugalah Elsa katakan sebagai bahagian akhir. Tidak mengapa, di dunia dia memang lepas. Senang makan minum, senang membeli-belah. Jangan ingat dekat akhirat sana, kau boleh lari macam kau lari dari aku sekarang ini. Aku tak akan pernah halalkan segala duit yang kau ambil dari aku. Muktamad

Tamat.....


Komen
17 Komen

17 comments:

Eeca Shyaa said...

tak baca dari first part. tp serius pyh jugak nak menagih hutang ni kan. sepatutnya si penghutang lah yg sedar diri nak byr. hmm. serba salah nak pinjamkan duit dgn org apa semua kalau jd mcm ni.

Mat Jo said...

Banyaknya dia berhutang, kalau mengikut cerita, lebih dari Rm1000 la campur dengan kawan-kawan. Mungkin rezeki elsa lebih murah selepas peristiwa nie, siap tahu kan, :)

Ana Suhana said...

Kalau kak ana dkt tmpt elsa, kak ana pun give up juga. 😅

Akin Assufi said...

Ada kwn tu ex boifren dia gunakan nama kwn ni utk guna wifi. Dan postpaid bill telephone. Sampai ke clash dah, hutang bill xberbayar. Smpai nama kawan kena blacklist. Kesiannn... Terpaksa byr sikit2 dek nak bersihkan nama. Dahlah tgh belajar lagi bdk ni. Rm2k jugaklah unifi dia. Xmasuk tel bill lagi.

Hmm.. sabar jee 😕

Azlinda Azman said...

Mmg ssh nk ckp part hutang n munta hutang

Nour Adieb said...

kalau sy, sebelum nak give up tu... bagi dia sedas dua kata2 yg deep sampai dia fikir yg kata2 sy tu 1 sumpahan buat diri dia 😂

Fairuz Aqilah said...

Macam ni lah kesudahannya ye... Nauzubillah mengenangkan hidupnya di dunia ni macam mana bila Elsa tak halalkan jumlah yang dia berhutang tu. Allah... Semoga dilimpahkan rezeki kita semua supaya dapat elak daripada kes berhutang sampai macam ni sekali. Harap satu hari nanti, dia dapatlah langsaikan segala hutang-piutang dia dengan Elsa, insyaAllah ameen... Kite doa yang baik-baik je untuk Elsa. ❤

raihanah said...

susah kalau berhutang ni sebenarnya

Nabila Syifa said...

Bab hutang - piutang ni memang susah. Tu sbb i jarang nk berhutang n bg hutang kat org. Bukan xnak tolong.tp susahlah..boleh haru biru jdnya

Nieyl said...

Hutang² ini nampak simple...
tapi boleh buat putus kawan..

irazulkeffele said...

Biasa lah manusia bila nak pinjam bukan main laju nak nak bayar meliat bukan main haa. Takpe Elsa Allah ada. Jadikan ini pengajaran buat awak :) Stay strong girl.

Seorang Syed said...

Beraninya Elsa! Tahniah kerana berani menuntut hak. Harap si penghutang tu akan melangsaikan segala hutang dia sebelum semuanya terlambat. Syed baca pun sakit hati.

SITI AWADAH said...

sorry ela lambat sampai. Sis tak perasan part3 ni.. anyway elsa mmg berani!! Mujur juga lah dapat juga sikit balik. Klau sis mmg dr awal angkat bendera putih sbb tak larat nak main aksi kejar mengejar tu huhu

Aqilah Shahirah said...

http://shahirahsarmy.blogspot.my/2017/02/segmen-follow-me-februari-2017-my-first.html jom join segmen ni. ^^

Noor Maizan said...

Melampaunya dia siap tarik2, nasib baik ada S.

Dunia memang senang terlepas, tapi jangan ingat dah menang. Sedap je aniaya orang, padahal kita tahulah macam mana peritnya nak kumpul duit tu. Bukannya duit tergolek datang sendiri.

Uyul Rosli said...

fuhh nasib elsa bawak kawan.

Jom ke Blog Uyul Rosli >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

Radhia Razali said...

Sebab taknak jadi macamnielah, saya taknak pinjamkan duit saya kepada orang. Kalau peminjam terdesak sangat pun, saya cakap saya mampu pinjamkan kepada dia amount yang tak akan menyusahkan saya nanti...bila dia start buat hal tak nak bayar. Actually saya dah ada pengalaman kena tipu bab2 duit.Ada yang amount sedikit ada yang banyak. Sebab pengalaman inilah, saya jadi kedekut nak keluarkan duit saya.

Elsaalicious.